COVID-19: Trend peningkatan pesakit membimbangkan, KJ umum suntikan ketiga

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Trend peningkatan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di beberapa negeri, termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak adalah membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, trend itu menunjukkan peningkatan pada minggu epidemik ke-41 (10 – 16 Oktober) sejurus selepas kebenaran merentas negeri diberikan pada 11 Oktober.

Sehubungan itu, kata Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau keadaan selain menjalankan beberapa strategi termasuk memanjangkan pemberian dos penggalak (booster dose) Comirnaty oleh Pfizer kepada penerima vaksin Sinovac.

“Mengambil kira data kemasukan ke hospital yang meningkat, mengambil kira juga pandangan Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), KKM telah putuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak kepada individu yang dapat dos lengkap Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan yang lepas.



“Sebagai pemulaan, pemberian dos penggalak secara heterologous ini kepada individu 60 tahun ke atas, berdasarkan saranan SAGE dari WHO yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober 2021,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Khairy berkata, pemberian dos penggalak itu akan bermula pada 22 Oktober (Jumaat) secara berfasa di seluruh negara dan dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pemberian dos penggalak tersebut, katanya, akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.



“Kaedah temu janji pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari masa ke semasa dan tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat temujanji melalui sistem yang sedang dibangunkan oleh KKM,” kata Khairy lagi.

COVID-19: Trend peningkatan pesakit membimbangkan, KJ umum suntikan ketiga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sultan Johor dipersembah taklimat Batu Puteh


Sebaran :

Leave a Reply