Arak ‘Timah’: Penguat kuasa lemah punca pengusaha ‘besar kepala’

Penguatkuasaan yang lemah menjadi punca pengusaha minuman keras di negara ini sewenang-wenangnya menggunakan nama tidak sepatut dalam produk keluaran mereka.

Seharusnya, pihak berkuasa menetapkan undang-undang khusus dalam pengeluaran minuman keras dan bukannya membiarkan pengusaha bermaharajalela.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan, kelemahan daripada pucuk pentadbiran itu sendiri menyebabkan penguasaha minuman keras semakin ‘besar kepala’ dan langsung tidak menghormati masyarakat Islam di negara ini.

“Sepatutnya pihak tertentu yang menguruskan perkara ini menghalang penggunaaan nama sebelum dipasarkan bukannya membiarkan berlalu seperti tiada masalah.

“Ini semua berpunca daripada kelemahan daripada penguat kuasa di negara kita yang tidak menetapkan undang-undang spesifik dalam hal berkenaan.

“Situasi itu menyebabkan mereka tidak hormati dengan menjaga dan memelihara suasana harmoni selama ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengeluaran sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ yang tular di media sosial.

Keadaan itu menyebabkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan mengarahkan syarikat terbabit segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Bagi masyarakat Melayu, ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, untuk mengharamkan operasi kilang arak adalah sesuatu yang sukar memandangkan itu adalah hak orang bukan Islam di negara ini.

Katanya, walaupun Malaysia sebagai negara Islam namun ianya tetap menghormati hak orang bukan Islam.

“Namun sayangnya mereka pula tidak menghormati kembali kebaikan yang kita hulurkan dan sanggup mengggunakan kesempatan itu dengan mudah.

“Seharusnya, penguasaha minuman keras membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menggunakan nama Timah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang ramai menggunakan kuasa untuk mengembalikan hak demi menjaga keharmonian dengan dengan membuat pemilihan pemimpin yang tepat.

“Ini peluang terbaik untuk mempelajari dari kesilapan yang semua itu berpunca dari sikap pemimpin yang tidak tepat kita pilih sebelum ini,” katanya.

Arak ‘Timah’: Penguat kuasa lemah punca pengusaha ‘besar kepala’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker