Selepas Timah, arak jenama Omar pula muncul
Selepas Timah, arak jenama Omar pula muncul
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Pertubuhan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Islami) meluahkan kekesalan dengan penggunaan jenama arak yang berbaur Islam termasuk produk terbaharu dikenali Omar.
Timbalan Ketua Lanjah Islami cawangan Putrajaya, Sarfarizmal Md. Saad berkata, penggunaan nama itu jelas mengelirukan umat Islam terutama generasi muda, meskipun terdapat bukan Islam bernama Omar, kerana persepsi masyarakat merujuk nama itu sebagai Muslim.
“Pada saya, Omar tidak wajar dilabelkan pada botol arak yang memang amat terang adalah minuman keras dilarang dalam ajaran Islam di seluruh dunia,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, tular dalam kalangan pengguna media sosial negara ini mengutuk tindakan sebuah syarikat yang dikesan mempromosikan enam produk wiski bernama Omar.
Pengeluar minuman keras yang berpusat di Kuala Lumpur serta ditubuhkan sejak 1956 itu turut memasarkan pelbagai jenama arak premium berkenaan ke pasaran rantau Asia Tenggara.
Minuman keras yang dijual dari harga serendah RM400 sehingga mencecah RM1,059 itu, kecoh diperkatakan warganet selepas jenama Timah sekali gus menerima kecaman pelbagai NGO Islam.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad turut menyeru agar nama diubah bagi elak kekeliruan.
Mengulas lanjut, Sarfarizmal berkata, walau apapun alasan kononnya ada nilai komersial, nama Omar itu memang nyata menyerupai nama khalifah dan sahabat rapat Rasulullah SAW sendiri.
“Apa yang saya khuatir kelak akan timbul lebih banyak nama lain mirip nama Muslim dengan maksud baik, tetapi dijadikan pula jenama bagi produk arak elit,” tegasnya dalam nada kesal.
Lebih dibimbangi ujarnya, jenama itu mungkin menjadi salah satu faktor perpecahan antara masyarakat majmuk kita yang selama ini hidup damai berbilang kaum, agama dan keturunan.
Justeru, beliau berpendapat, sebarang isu tular yang melibatkan akidah, amalan beragama dan cara hidup sesuatu bangsa tertentu harus dielak menjadi bahan komentar khalayak umum demi memastikan semangat Keluarga Malaysia yang ingin dikecapi dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia dapat direalisasikan secara kolektif dan lebih harmoni. Utusan
Selepas Timah, arak jenama Omar pula muncul
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.