Lelaki tahan sakit nat sangkut di jari

Lelaki tahan sakit nat sangkut di jari

KUALA NERANG: Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih satu jam apabila nat skru yang disarung ke jari hantu tersangkut dan tidak dapat ditanggalkan.

Mangsa berusia 22 tahun itu menyarungkan gegelang besi tersebut di rumahnya di sini, sekitar pukul 8 pagi tadi.



Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang menerima panggilan dari Unit Kecemasan Hospital Kuala Nerang (HKN) untuk memotong nat yang tersangkut pada jari seorang lelaki pada pukul 8.55 pagi.

Beliau berkata, seorang pegawai bersama lima anggota dikejarkan ke HKN.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan nat itu masih tersangkut pada jari hantu tangan kiri mangsa usaha untuk memotong dilakukan.

“Anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir 30 minit sebelum nat itu dapat dipotong dengan menggunakan alat pemotong cincin (ring cutter),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan serius pada mangsa.



Mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjutan di hospital berkenaan bagi merawat jari yang makin membengkak.-Awani

Lelaki tahan sakit nat sangkut di jari


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker