Pas tiada masalah bertanding sedikit kerusi, tapi ada syarat!

SHAH ALAM – Pas tiada masalah bertanding sedikit kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka berbanding pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya dipinta oleh rakan sekutu parti dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menetapkan kesediaan Pas itu adalah berlandaskan syarat kedua-dua koalisi MN dan PN perlu menjamin ketiadaan pertembungan tiga penjuru antara satu sama lain kelak.

Jelas beliau lagi, Pas dijangka akan diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi DUN oleh UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengakui bersyukur dengan jumlah kerusi DUN diberikan susulan parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU14.



“Di Melaka, saya difahamkan Pas akan diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi DUN oleh UMNO di bawah semangat MN mahu pun Bersatu (PN).

“Bagi Pas, itu tiada masalah kerana pada PRU14, Pas tidak menang sebarang kerusi DUN dan jika diberikan dua kerusi sekalipun, kami akan bersyukur.

“Bagaimanapun, persetujuan Pas itu hanyalah dengan syarat jangan ada pertembungan tiga penjuru membabitkan parti-parti dalam PN dan MN,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terkini Pas susulan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kerjasama MN di antara UMNO dan Pas tidak akan diteruskan pada PRN Melaka sebagaimana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.



Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, beliau tidak nampak ada ‘cahaya terang’ untuk kerjasama MN bersama Pas direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil (PRK) terdahulu susulan MN itu tidak pernah didaftarkan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kemudiannya berkongsi gambar pertemuan beliau bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil diiringi Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pertemuan yang turut dihadiri Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad itu dipercayai sebagai usaha kedua-dua parti itu bagi mencari titik penyatuan susulan hubungan MN dikatakan semakin rapuh ketika ini.

Gambar pertemuan antara pemimpin UMNO dan Pas yang dikongsikan Mohamad dikatakan sebagai usaha mencari titik pertemuan antara dua parti itu bagi menyelesaikan isu kerjasama MN.
Gambar pertemuan antara pemimpin UMNO dan Pas yang dikongsikan Mohamad dikatakan sebagai usaha mencari titik pertemuan antara dua parti itu bagi menyelesaikan isu kerjasama MN.

“UMNO kena muhasabah diri dan kalau parti itu mahu mengekalkan penguasaan kerajaan Melayu Islam, usaha penyatuan tiga parti Melayu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru perlu diwujudkan segera.” – Dr Mahfodz.



Pada 4 Oktober lalu, tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok kerajaan diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyebabkan kerajaan Melaka jatuh dengan DUN negeri itu kemudiannya terbubar.

Sebelum terbubarnya DUN Melaka, komposisi kerusi DUN bagi blok kerajaan diketuai bersama antara UMNO dan Bersatu adalah 13 kerusi, manakala blok pembangkang diterajui DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah sebanyak 11 kerusi.

Mengulas lanjut pendirian Ahmad Zahid mengenai tiada lagi kerjasama MN di PRN Melaka, Mahfodz menegaskan UMNO perlu menerima hakikat semua parti Melayu perlulah bergabung sekiranya mahu memenangi pilihan raya baik di peringkat negeri Melaka mahu pun Pusat.

Mengakui UMNO masih merupakan sebuah parti yang kuat, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu menegaskan itu bukan alasan untuk UMNO merasakan mereka boleh memenangi semua kerusi pilihan raya yang ditandingi secara bersendirian kerana landskap politik negara sudah berubah.



PRN Melaka: PAS mahu elak pertembungan

“Bahkan terdapat beberapa penganalisis politik tempatan memberikan pandangan kepada Pas, sekiranya UMNO bergabung dengan parti-parti Melayu, semua parti terlibat akan memperolehi kemenangan sangat selesa pada pilihan raya akan datang.

“Hakikatnya, kalau hendak harapkan koalisi MN sahaja untuk menang PRN atau PRU15 pun tidak cukup, apatah lagi koalisi Pas dengan Bersatu di bawah PN kerana maaf cakap, Bersatu pun tidak mempunyai jentera akar umbi yang kuat.



“UMNO kena muhasabah diri dan kalau parti itu mahu mengekalkan penguasaan kerajaan Melayu Islam, usaha penyatuan tiga parti Melayu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru perlu diwujudkan segera,” katanya.

Di sebalik pendirian diutarakan Ahmad Zahid, Mahfodz yakin peluang untuk Pas bekerjasama dengan UMNO masih wujud dengan inisiatif pertemuan antara Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini adalah bukti usaha perundingan masih berjalan.

“Saya juga ingat ramai lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berpendirian MN perlu dipertahankan dan saya yakin peluang meneruskan kerjasama dua parti Melayu itu memang ada.

“Pas sentiasa konsisten dengan pendirian memperkukuhkan MN dan mempertahankan MN dan kita akan terus berpegang ke arah itu sehingga PRU15,” katanya.



Pas tiada masalah bertanding sedikit kerusi, tapi ada syarat!

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zahid tolak MN di PRN Melaka, BN akan bertanding solo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker