Lelaki disyaki pukul, tikam adik ipar ditahan

SUBANG JAYA – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul dan tikam adik iparnya di sebuah rumah di Puchong Utama di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 3.50 petang Selasa.

“Sebelum itu, kita menahan dua lelaki yang juga rakan kepada suspek utama kira-kira jam 11.30 malam pada hari kejadian,” katanya pada Rabu.

Abd Khalid berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara mangsa dengan isterinya di rumah itu.

“Abang ipar mangsa kemudian datang ke rumah berkenaan dan masuk campur dalam pertengkaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suspek tiba-tiba menarik mangsa berusia 25 tahun itu keluar dari rumah dan menikam belakang badannya dengan sebilah pisau.

Ajal dalam tali air ketika khayal gam

“Kemudian berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek, dua lagi rakan suspek yang menunggu di luar rumah turut memukul mangsa.

“Mangsa telah mengalami luka di badan dan kaki sebelah kiri,” katanya.

Abd Khalid berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau sepanjang 18 sentimeter yang disyaki digunakan suspek dalam insiden itu.

“Suspek utama telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat.

“Manakala dua lagi rakannya ditahan reman empat hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Zeti letak jawatan pengerusi PNB pada 30 April

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker