Atlet kena ‘cucuk’ dos ketiga?

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berbincang mengenai keperluan sama ada atlet kebangsaan perlu menerima suntikan dos penggalak atau booster dalam masa terdekat.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, perbincangan tersebut perlu dilaksanakan segera memandangkan Malaysia bakal menyertai tiga temasya utama tahun depan iaitu Sukan SEA Hanoi, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou.

Jelasnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan badan-badan utama seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha memperincikan keperluan suntikan tersebut.



“Buat masa ini kita akan menulis surat kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk melakukan perbincangan bagi menentukan pengkhususan sekiranya atlet-atlet kita memerlukan booster susulan pandemik Covid-19.

“Jika perlu, mereka akan mendapat kemudahan tersebut dari KKM. Apa yang saya boleh katakan ketika ini…akan ada perbincangan ke arah itu tetapi pengambilan booster bukan terarah kepada semua atlet tetapi berpandukan kepada keperluan daripada KKM nanti.

“Buat masa ini, KKM meletakkan keperluan kepada mereka yang memerlukan dan ada kategori-kategori yang telah ditetapkan pengambilan booster tersebut.

“Sudah pasti akan ada perbincangan dengan ISN untuk menentukan pendapat mereka terhadap perkara ini dan apa yang mereka lakukan nanti selepas perbincangan dilakukan bersama KKM,” katanya.



Atlet kena ‘cucuk’ dos ketiga?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Suntikan dos ketiga dijangka bermula bulan depan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker