Teladani Inisiatif, Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara -PM

Teladani Inisiatif, Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara -PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah dan akan meneladani inisiatif serta strategi dilaksanakan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam pentadbiran negara, demi kemakmuran Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai satu kepercayaan bahawa Nabi Muhammad SAW  adalah suri teladan yang terbaik umat manusia.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, pelbagai polisi, inisiatif dan insentif akan diperkenal dan dirancang kerajaan, demi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia ketinggalan dalam merasai nikmat serta kemakmuran negara, ‘No one will be  left behind’.

Menurut beliau, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Manhaj  Rabbani Ummah Berkualiti, membawa kepada  norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj  Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan  Insani.

“Kesemua nilai ini, selari dengan Konsep Keluarga Malaysia  yang menekankan tentang tiga teras utama iaitu  Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran di samping 20 nilai lain seperti amalan ihsan, beriman, kasih  sayang serta bermusyawarah.

“Tema ini juga selari dengan Dasar Perpaduan Negara berkonsepkan, Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang mana perpaduan dan integrasi nasional telah lama diamalkan di negara ini termasuk dalam sambutan  Maulidur Rasul,” katanya dalam perutusan khas sempena   sambutan Maulidur Rasul Peringkat  Kebangsaan 1443 Hijrah, hari ini.

Kata beliau, dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini, sebagai Keluarga Malaysia, semua perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma baharu.

Jelasnya, apa jua perbezaan perlu dijadikan sebagai kelebihan dan  bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan dijadikan sebagai sumber kekuatan dengan menjalikan dan mengukuhkan kembali perpaduan dengan ikatan kasih sayang  dan toleransi sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

Perdana Menteri pada masa sama berkata, kemuliaan umat Islam, bahkan jatuh bangun sesebuah bangsa serta negara adalah terletak kepada kesatuan dan kesepaduannya.

Katanya, Rasulullah SAW misalnya, mengadakan perjanjian damai dengan pelbagai suku kaum yang tinggal berhampiran Madinah di wilayah utara dan selatan untuk meningkatkan kesefahaman dan memperbaharui hubungan berlandaskan prinsip kebenaran serta menghindar kekacauan selain pertembungan kuasa.

“Jangan kerana kita berbeza pendapat, berlainan wadah  atau cara pendekatan, menyebabkan hilang nilai ukhuwah dan semangat perpaduan yang sekian lama terjalin.

“Siapa pun kita, sama ada seorang bapa, ibu, anak, jiran,  pekerja, ketua di pejabat, pemimpin masyarakat, pemimpin  agama atau pemimpin politik, masing-masing perlu  memainkan peranan untuk memulihkan kembali negara ini  demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,”  katanya. – UTUSAN ONLINE

Teladani Inisiatif, Strategi Rasulullah Sebagai Panduan Pentadbiran Negara -PM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker