Kemelut Perak: Kekalkan pentadbiran lalu pilihan utama UMNO selain dari jajaran baru – Presiden UMNO

Umno “seboleh mungkin” mahu mengekalkan bentuk pentadbiran lalu dalam kerajaan Perak yang akan ditubuhkan tetapi tidak menolak jajaran politik baru, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, ia selepas mengambil kira pendirian yang disuarakan Bersatu dan PAS berkenaan perkara itu.

“Namun kita tahu dari (kenyataan) setiausaha agung PAS dan Bersatu, maka suatu pendekatan akan diambil oleh Umno dan BN bagi menentukan pembentukan kerajaan baru, tetapi ia akan ambil kira semua pertimbangan politik agar kerajaan yang terbentuk lebih kukuh dukungannya.



“Untuk itu, saya akan mempersembahkan cadangan nama (calon menteri besar) kepada Sultan Nazrin Shah untuk perkenan tuanku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai sesi mengadap di Istana Kinta di Ipoh, hari ini.

Umno Perak pertimbang tiga nama calon MB

Zahid berkata, Umno telah berbincang dengan semua pihak, sama ada dalam Perikatan Nasional (PN) dan juga PH, berkenaan perkara itu.



Diminta mengulas berkenaan kemungkinan jajaran baru melibatkan Umno, Zahid berkata:

“Saya sebut kekal jajaran politik yang dahulu tetapi jika ia tidak dapat dilakukan, tentu ada penyelesaian harus dilakukan untuk membuat penjajaran yang baru.”

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan baru, manakala Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata partinya akan memantau situasi semasa dan terus bersama PAS dan anggota Perikatan Nasional (PN) yang lain dalam membuat keputusan.

PAS akan bincang kemelut politik di Perak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker