Sajat ada PR Australia, bukan pelarian

Sajat ada PR Australia, bukan pelarian

Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendakwa dia sudah menjadi penduduk tetap (PR) negara Australia dan bukan lagi berstatus pelarian.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu lagi melabelkannya sebagai pelarian.

“Tak perlu anda semua (orang ramai) kata saya jadi refugee (pelarian). Saya bukan refugee tetapi permanent resident (PR) negara ini.

“Sekarang pukul 7.04 malam kat sini, saya kat Canterbury, Sydney dan happy sangat. Kalau tidak sudah lama saya diekstradisi ke Malaysia, disebabkan saya perempuan ‘full’ mereka hantar saya ke sini,” ujarnya melalui Facebook Livenya hari ini.

Ketika menjawab pertanyaan orang ramai, beliau turut mengaku ke negara itu bukan akibat dibuang negara (Malaysia) sebaliknya mahu mencari ketenangan.

“Saya bukan kena buang negara tetapi sebab saya rasa tidak bebas kat Malaysia, jadi saya cari kebebasan di sini.

“Buat masa sekarang saya tak nak balik ke Malaysia, sekarang saya rancang nak buat perniagaan dengan buka kedai emas di sini,” ujarnya.

Pada 9 September lalu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Polis Diraja Malaysia kemudian membuat permohonan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membolehkan Sajat dibawa pulang ke negara ini untuk membantu siasatan dan perbicaraan kes mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. K Online

Sajat ada PR Australia, bukan pelarian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker