Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda – Ismail

Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda – Ismail

Kerajaan ingin memberikan kuasa yang besar kepada anak muda di negara ini, justeru kerajaan memberi taruhan kepada Undi18, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pelaksanaan Undi18 membuktikan keyakinan kerajaan kepada anak muda dalam menyertai proses pembangunan negara.

Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan perwakilan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), hari ini, berkata beliau telah berkongsi pandangan serta pelan tindakan untuk penambahbaikan.

“Alhamdulillah, banyak input menarik yang telah saya terima hari ini terutama yang diutarakan oleh Presiden MPPK Amir Asyraf sendiri.

“Insya-Allah, kerajaan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan daripada anak muda,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Turut hadir pada perjumpaan itu Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

Ismail berkata, MPPK, yang kini dianggotai 41 pemimpin pelajar mewakili 41 universiti di seluruh negara, bukan sekadar simbol kepada kesatuan pelajar institusi pengajian tinggi, malah memainkan peranan penting dalam membuka ruang dan mewujudkan komunikasi dua hala antara pelajar dan kerajaan.

Beliau yang pernah menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya sesi 1982/1983, percaya akan ada antara anak muda yang ditemuinya, hari ini, menjadi pemimpin besar negara suatu hari nanti.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya 31 Dis tahun ini, seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching. FMT

Kerajaan ingin beri kuasa besar kepada anak muda – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker