Kes Allahyarham Adib: Carilah bukti walaupun kecil

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berhubung kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu secara terang-terangan membuktikan kes ini tiada keadilan.

Pada awal perbicaraan kes Muhammad Adib, beberapa pakar dipanggil untuk menjelaskan punca kematian dan keputusan mendapati kematian anggota bomba itu bukan disebabkan kemalangan tetapi perbuatan jenayah.

Lebih pelik lagi beberapa orang yang direman telah dibebaskan semasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penutupan kes ini walaupun sementara akan menambah derita keluarga Muhammad Adib kerana ia seolah-olah digantung tak bertali.

Keluarga dan masyarakat mahukan keadilan di sebalik kematian tragis anggota bomba itu.

Malah, ia juga boleh menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat terhadap sistem kehakiman dan keadilan negara.

Keluarga mangsa dan masyarakat mengharapkan dalam tempoh masa tiga tahun ini sudah cukup bagi pihak berkuasa mengumpulkan bukti dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Apabila tiada keadilan dan pembelaan sewajarnya terhadap mangsa maka keluarganya dinafikan hak untuk mendapat pampasan dan sebagainya.

Oleh itu, amat wajar kerajaan membuka semula kes Muhammad Adib kerana Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 memutuskan kematian Allahyarham adalah akibat jenayah.

Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), carilah bukti walau sekecil mana pun untuk membela kematian arwah dan bawa pesalah ke muka pengadilan dengan segera.

Dalam pada itu, saya menyokong usaha kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes kematian tragis itu termasuk melantik seorang pakar patologi kanan bagi melakukan penyiasatan lebih teliti.

Usaha ini dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan Kabinet untuk membentuk jawatankuasa khas itu di samping dua lagi pasukan petugas lain.

Langkah itu membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan keadilan ditegakkan dan pihak yang menyebabkan kematian Muhammad Adib akan menerima hukuman setimpal.

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang.

Kes Allahyarham Adib: Carilah bukti walaupun kecil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker