Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
“Ayah lama menghilang, kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.”
Demikian pengakuan pelakon, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz.
Kata Balqis, 15, sudah tiada ‘chemistry’ antara mereka dan hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, satu-satunya insan tempat dia bergantung harap ketika ini.
“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat.
“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Balqis ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya, Rumah yang turut dibintangi Erra Fazira dan Mak Jah di ibu negara.
Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu juga mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya namun tidak memperincikan apa yang telah dilakukannya.
“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.
“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan).
“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.
Ditanya tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, balas Balqis: “Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada.
“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”
Biarpun hidup dalam keadaan kekurangan tanpa dikelilingi kemewahan, Balqis mengakui bahagia.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam tular tapi lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.
Difahamkan, ibu dan bapa Balqis bercerai ketika dirinya masih kecil namun tidak dapat dipastikan perincian sebenar status perceraian mereka kerana tidak pernah diceritakan kepada umum. K Online
Puteri Balqis dedah ayahnya sudah lama menghilang
Baca Artikel Menarik:
- Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
- Projek PR1MA disabotaj
- Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
- Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
- Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
- Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
- DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
- Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
- Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
- Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
- ‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]