Dipatuk Ular Tedung Senduk, Kanak-kanak Lelaki Berusia 5 Tahun Dalam Koma

Sebaran :

Dipatuk Ular Tedung Senduk, Kanak-kanak Lelaki Berusia 5 Tahun Dalam Koma

PENDANG – Seorang kanak-kanak lelaki koma selepas kaki kanannya dipatuk seekor ular tedung senduk di rumah neneknya di Paya Kerchut di sini semalam.

Mangsa, Adam Khairi Naufal Abdul Wahab, 5, dipatuk ular berbisa tersebut ketika berada di dapur rumah kira-kira pukul 2.30 petang.

Ibu mangsa, Nur Farhana Abu Bakar, 32, berkata, dia terdengar anak tunggalnya itu menjerit dan pada mulanya dia menyangkakan anaknya terlanggar sesuatu



“Adam ke dapur untuk ambil makanan tetapi tiba-tiba dia menjerit dan saya terus ke sana dan mendapati kaki kanannya cedera.

“Saya angkat Adam ke ruang tamu dan periksa kakinya dan nampak ada kesan patukan ular,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ular tedung yang mematuk kaki kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun.

Katanya,  dia sekeluarga yang terkejut terus membawa anaknya ke sebuah klinik berdekatan di Pendang dekat sini.

“Sekarang Adam dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar kerana belum sedar dan memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujarnya. – K! ONLINE



Dipatuk Ular Tedung Senduk, Kanak-kanak Lelaki Berusia 5 Tahun Dalam Koma


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’


Sebaran :

Leave a Reply