Anwar tak setuju elaun keraian RM12,320 sebulan

Anwar tak setuju elaun keraian RM12,320 sebulan, ubah suai pejabat

Beberapa kemudahan lumayan termasuk gaji bulanan mencecah RM14,000 yang ditawarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada Ketua Pembangkang akan disalurkan ke satu tabung untuk rakyat miskin, kata Anwar Ibrahim.

Anwar dalam kenyataan berkata beliau berterima kasih atas kesediaan Perdana Menteri mengiktiraf fungsi Ketua Pembangkang dan kemudahan yang diberikan, namun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang ditawarkan, iaitu:



*RM 14,907.20 sebulan untuk gaji bulanan
*RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
*RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
*RM 4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
*RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
*RM 6,000.00 untuk elaun pakaian panas (sekali dalam 3 tahun)
*RM 1500.00 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam 3 tahun)
*RM 1500.00 untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam 3 tahun)
*Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi
“Saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin,” katanya.

Malah, Anwar menambah terdapat beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat beliau terima “sama sekali”.

“Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.”

Sementara itu, Anwar mengulangi pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang tidak bermaksud pembangkang akan mendukung dasar kerajaan tanpa soal.



Anwar berkata beliau akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala, dan berikrar aspek semak imbang “akan terus diperhebat”. FMT

Anwar tak setuju elaun keraian RM12,320 sebulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker