Lima beradik yatim piatu terkejut PM muncul depan rumah

Lima beradik yatim piatu terkejut PM muncul depan rumah

Nasib lima beradik menjadi yatim piatu selepas kehilangan ibu bapa akibat COVID-19, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengunjungi kediaman mereka di Kota Perdana, Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Bapa saudara kanak-kanak terbabit, Mohd Ariff Hafizan Abdul Razak, 36, berkata sebelum ini, pihak Pejabat Perdana Menteri ada menghubunginya untuk memaklumkan Ismail Sabri mahu menziarahi dan bertemu lima anak saudaranya itu.



Beliau berkata, pada awalnya mereka sekeluarga tidak percaya dan apabila Ismail Sabri muncul di depan pintu rumah, mereka semua terharu dan terkejut.

Katanya, Perdana Menteri tiba pada jam 12 tengah hari tadi dan beliau sempat beramah mesra dengan lima anak saudaranya, Muhammad Hadhrami, 11, Husna Humaira, sembilan tahun; Muhammad Harraz, tujuh tahun; Muhammad Hawwas, enam tahun, dan Hannan Humaira, tiga tahun, dan beredar sejam kemudian.

“Perdana Menteri sempat memberikan nasihat kepada lima beradik ini selain menghulurkan sumbangan dan menzahirkan ucapan takziah kepada kami sekeluarga dan menyatakan ingin membantu pendidikan lima anak saudara saya ini.

“Terima kasih Perdana Menteri kerana sudi meluangkan masa menyantuni kami dan rezeki bagi mereka kerana ramai yang sayang serta sudi datang ziarah,” katanya ketika dihubungi.



Lima beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka, Abdul Razak Basiron, 67, dan Intan Sulaiman, 63.

Sebelum ini media melaporkan kisah sedih lima beradik yatim piatu selepas ibu mereka, Ida Haryanie, 38, meninggal dunia pada 7 Oktober lalu manakala bapa mereka, Mohd Nasir Tahal, 46, terlebih dahulu meninggal dunia pada 11 Ogos lalu ketika kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat COVID-19. BH

Lima beradik yatim piatu terkejut PM muncul depan rumah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker