PRN Sarawak boleh diadakan jika Agong perkenan singkatkan tempoh darurat

Sebaran :

PRN Sarawak boleh diadakan jika Agong perkenan singkatkan tempoh darurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata dua perkara penting perlu dilakukan sebelum pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 boleh diadakan.

Beliau berkata, pertamanya Proklamasi Darurat (Sarawak) diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, berkuat kuasa sehingga 2 Februari 2022, disingkatkan atas perkenan Seri Paduka jika diperlukan.

“Kedua, PRN Sarawak boleh diadakan kalau Seri Paduka bersetuju bahawa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud bersama kerajaan negeri dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Masjid Mutiara Iman, di sini.



Pada 31 Julai lalu, Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) mulai 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan berikutan wabak Covid-19 yang telah mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

Menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, namun fasal berkenaan tidak mempunyai kuasa menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung pembubaran DUN itu.

Bagaimanapun, Seksyen 2(2) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 yang dikeluarkan berikutan Proklamasi Darurat Sarawak itu, menyatakan Seri Paduka boleh menamatkan proklamasi itu lebih awal setelah berunding dengan Yang Dipertua Negeri Sarawak. FMT

PRN Sarawak boleh diadakan jika Agong perkenan singkatkan tempoh darurat




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol


Sebaran :

Leave a Reply