Pandora Papers: Polis buka dua kertas siasatan

Pandora Papers: Polis buka dua kertas siasatan

Polis Diraja Malaysia membuka dua kertas siasatan berhubung pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman CP Abdul Jalil Hassan berkata satu daripada kertas siasatan berkenaan sudah dirujuk kepada Bank Negara Malaysia pada 14 Okt lalu.



Satu lagi kertas siasatan, katanya, akan dirujuk kepada bank pusat itu pada 18 Okt ini untuk siasatan lanjut.

Katanya selepas menerima laporan polis mengenai pendedahan tersebut, polis sudah merakan percakapan pengadu.

“PDRM setakat ini menerima empat laporan polis berhubung Kertas Pandora berkenaan dakwaan wang Malaysia (dibawa) ke luar negara secara haram.

“Daripada empat laporan yang diterima, dua diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana berkaitan dengan aktiviti penyerahan memorandum untuk menggesa siasatan,” katanya dalam kenyataan petang ini. Mk



Pandora Papers: Polis buka dua kertas siasatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker