Antivaksin sebar berita palsu, cetus kegusaran, polis siasat dua individu
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu dipercayai sebagai antivaksin yang menyebarkan berita palsu berkenaan kematian berkaitan pemberian vaksin Covid-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan ‘profiling’ daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Kes pertama berhubung penularan klip video seorang wanita yang mengaitkan kematian dua orang murid sekolah di Ipoh akibat suntikan vaksin.
“Kes kedua adalah melibatkan ciapan pemilik akaun Twitter Khalid@khalids mengenai kematian 41 orang guru disebabkan suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sinar Harian pada 29 September melaporkan bahawa dua pelajar yang didakwa maut akibat divaksin itu sebenarnya maut akibat penyakit hipertensi kronik pada 18 Julai manakala seorang dari mereka meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 September.
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, kematian kedua-dua remaja berkenaan tiada kaitan dengan pemberian vaksin Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) hanya bermula pada 20 September.
Sinar Harian pada 9 Oktober turut melaporkan berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap pengguna Twitter yang didakwa menyebarkan berita palsu berkaitan vaksinasi.
Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentatan kepada awam) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ( sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan).
“Kes kedua disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana memfitnah), Seksyen 505(C) (dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain),” jelasnya.
Tambahnya, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.
Antivaksin sebar berita palsu, cetus kegusaran, polis siasat dua individu
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
Pandora Papers: Polis buka dua kertas siasatan
You must be logged in to post a comment.