Penduduk gempar lihat ‘van misteri’ atas perhentian bas

Teka-teki mengenai ‘misteri’ van itu akhirnya terjawab. – Facebook

PLOUNEVENTER, PERANCIS – Penduduk di sebuah pekan di Perancis gempar apabila melihat sebuah van secara tiba-tiba berada di atas bumbung perhentian bas, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dalam kejadian pada Isnin lepas, penduduk yang menggunakan perhentian bas Place de l’Eglise ketika awal pagi terkejut melihatkan van tersebut berada di atas bumbung tanpa diketahui puncanya.

Beberapa keping imej van itu kemudiannya dikongsikan di media sosial dan menjadi tular dengan ramai netizen cuba meneka punca kejadian itu.

“Ia adalah suatu kejadian misteri. Kami tahu siapa pemilik kenderaan itu, namun tidak tahu bagaimana dan mengapa ia berada di situ,” kata seorang penduduk.

Selama hampir seminggu, misteri van di atas bumbung itu terus menjadi teka-teki. Namun semalam, media Perancis mengumumkan bahawa kes itu telah diselesaikan.

Menurut media tempatan, kejadian itu tidak berkaitan dengan pengaruh alkohol seperti yang menjadi spekulasi ramai.

Bagaimanapun, ia disebabkan oleh ‘persengketaan perniagaan’ antara pemilik van dengan suspek.

Akibat berang, suspek dikatakan dengan sengaja meletakkan van tersebut di atas bumbung perhentian bas itu menggunakan sebuah trak palet.

Kedua-dua suspek dan pemilik van itu telah dipanggil untuk disoal siasat dan berkemungkinan berdepan dengan dakwaan membahayakan orang ramai. – Agensi

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perbezaan Kertas Pandora dan rantai ala Pandora

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker