Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
Perkongsian seorang ‘frontliner’ berkongsi pengalaman pernah menerima sebuah panggilan misteri oleh seorang pesakit yang telah meninggal dunia 3 tahun lepas tular baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video oleh @medicalasiststant di laman aplikasi TikTok, dia bercerita pengalamannya pada tahun 2017, di mana berdepan dengan situasi misteri apabila mendapat panggilan kecemasan dari sebuah rumah pada jam 3.30 pagi.
Berdasarkan video berdurasi 1 minit 3 saat di TikTok, menerusi panggilan tersebut pesakit itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital telah menghantar ambulans ke sana.
“Saya mendapat panggilan pada pukul 3.30 pagi, menyatakan nama dan alamatnya mengatakan tidak sedarkan diri di rumah, dalam 15 minit saya, pemandu dan seorang petugas bergerak ke rumah yang dialamatkan.
“Sesampainya saya di rumah berkenaan, rumah gelap gelita. Bagi salam tak ada yang menyahut. Kemudian saya telefon balik ke klinik untuk menyemak alamat rumah dan semuanya betul,” ujarnya.
Tambahnya lagi, selepas berasa pelik dengan situasi yang dialami mereka, petugas barisan hadapan itu kemudian bertindak untuk menelefon nombor yang digunakan oleh pesakit tersebut tetapi nombor tesebut tiada dalam perkhidmatan.
“Bila saya telefon semula nombor telefon pesakit, tiba-tiba tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, tiba-tiba dengar bunyi burung hantu dari atas bumbung rumah, terus kami bergegas tinggalkan rumah itu,” jelasnya.
Keesokan harinya, mereka pergi memeriksa nama pesakit di klinik dan alangkah terkejutnya nama individu itu sudah meninggal dunia tiga tahun yang lalu.
Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang berasa seram dalam pada masa sama terasa lucu apabila hantu itu didakwa telah ‘scam’ frontliners tersebut.
“Kesian hantu zaman sekarang ini, dia terlalu bosan sampai tak tahu nak buat apa, jadi dia telefon abang-abang ‘frontliners’ suruh datang ke rumah dia,” kata @Suhaila86.
“Mungkin dia nak minta tolong abang-abang itu supaya bagitahu warisnya, dia memerlukan pertolongan di alam sana dan mungkin dia minta supaya waris mendoakannya,” ujar @Intanabdkarim.
[videopress F5pj6duP]“Seramnya kalau dapat panggilan suruh ambil lepas itu sampai-sampai rumah tak ada orang, video itu lalu pula dekat telefon waktu maghrib memang meremanglah duduk seorang-seorang dekat rumah,” jelas @Puterihuz. K Online
Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
Baca Artikel Menarik :
- Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea
- Azhar minta Wee perjelas, kemuka bukti
- 10 pasangan selebriti Malaysia ini adalah sepupu
- Pacak tripod, rakam sedang sembahyang – Zul Ariffin
- Ini cubaan halang saya wakili Najib
- Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah
- Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah
- Pandora Papers: Benarkan ia dibahaskan di Parlimen – Najib
- Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….
- Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
- Ustaz Don pula jadi mangsa scammer
Layari Laman Facebook MYKMU
Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri