Bekas pengarah AIAC saman Tommy Thomas, 12 yang lain
Bekas pengarah AIAC saman Tommy Thomas, 12 yang lain
Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan 12 individu yang lain disaman berhubung dakwaan melakukan penahanan secara salah dan pendakwaan berniat jahat terhadap bekas pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), N Sundra Rajoo.
Peguam Sundra, TJ Lee mengesahkan bahawa writ saman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Pada 8 September, peguam Sundra mengeluarkan surat tuntutan kepada Thomas dan lapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis dan membayar ganti rugi RM10 juta atas dakwaan melakukan salah guna kuasa dalam jawatan awam dan melakukan pendakwaan berniat jahat.
Pada 30 April tahun ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Sundra Rajoo berhak mendapat imuniti daripada sebarang tindakan pendakwaan ke atasnya ketika memegang jawatan pengarah AIAC.
Sejak 11 Mac 2019, Sundra Rajoo membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengekalkan imuniti daripada ditahan dan didakwa atas tuduhan salah laku ketika memegang jawatan dalam AIAC.
Jenayah pecah amanah
Pada 26 Mac tahun yang sama, dia dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di mana dia memohon dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah yang melibatkan nilai RM1,011,367.50.
Thomas ketika itu adalah peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan.
Namun pada Januari tahun lalu, Mahkamah Sesyen membatalkan kes jenayah terhadapnya.
Menurut salinan pernyataan tuntutan yang difailkan hari ini, Sundra menamakan Thomas dan 12 yang lain sebagai defendan.
Seramai 12 defendan yang lain adalah bekas pegawai khas Thomas, Khong Hui Li; bekas pegawai SPRM, Mohd Adrian Zaiman Zainiar, Md Yusrin Md Yusof, Mohd Fadhly Mohd Zamry, T Nesavan, G Sharan; pegawai SPRM, Hasmizzy Md Hasim; Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar; bekas DPP Mohd Zaki Mohd Salleh; bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Mohamad Shukri Abdull; SPRM; dan kerajaan Malaysia.
Plaintif mendakwa defendan pertama hingga ke-11 tahu atau atau sepatutnya tahu, bahawa dia adalah kebal daripada sebarang dan setiap tindakan dari November 2018 hingga Januari tahun lalu.
Sundra berkata dia menghadapi penangkapan secara salah, pendakwaan berniat jahat serta pelanggaran hak asasi di bawah Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Manakala Perkara 8 Perlembagaan menyebut “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”
Plaintif antara lain mendakwa bahawa tindakan defendan pertama hingga ke-11 dilakukan dengan niat jahat dan dendam terhadapnya.
Sundra mendakwa, tindakan terhadapnya menyebabkan dia mengalami kerugian reputasi, integriti dan nama baik di peringkat domestik dan antarabangsa, kerugian hak asasi serta kerugian terhadap maruah, penderitaan mental, penghinaan dan kegelisahan.
Dia juga berpendapat bahawa SPRM dan kerajaan yang merupakan defendan ke-12 dan ke-13, bertanggung jawab atas semua tindakan defendan lain.
Melalui tuntutan itu, palintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi tambahan dan / atau teladan; faedah pada kadar 5 peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh, kos; dan/atau apa-apa perintah lanjutan yang difikirkan wajar oleh mahkamah .
Menurut Lee, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 12 November. Mk
Bekas pengarah AIAC saman Tommy Thomas, 12 yang lain
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU