Umno perlu perbaiki MN – Salleh

Umno perlu perbaiki MN, tiada parti boleh menang pilihan raya sendiri, kata Salleh

Umno seharusnya bersikap pragmatik untuk menyelami realiti masa kini khususnya dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kerana tidak ada parti yang boleh memenangi pilihan raya sendiri, kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Salleh Said Keruak.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Muafakat Nasional (MN) merupakan wadah yang terkesan dan berjaya.

“Demi masa depan, kita patut tumpukan perhatian untuk memperbaiki MN untuk mendapatkan rakan kongsi baru untuk memastikan kestabilan politik yang berkekalan.

“Di Sabah, inilah matlamat Umno Sabah bersama di dalam GRS – kerana kita tetap fokus berkhidmat dan pembangunan untuk rakyat,” katanya di Facebook.

Dalam hantarannya itu, Salleh yang juga ADUN Usukan turut memuat naik gambar tular yang menunjukkan pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS.

Antara yang dilihat adalah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir, Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beberapa pemimpin Umno berkata, pertemuan pemimpin PAS dengan beberapa pemimpin parti Melayu itu kelmarin hanya pertemuan biasa dan tidak melibatkan kerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka. FMT

Umno perlu perbaiki MN – Salleh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker