Jari peniaga air tebu hancur tersepit mesin

Sebaran :

Anggota bomba dan penyelamat Seremban cuba mengeluarkan jari lelaki berusia 50-an yang tersepit dalam mesin perahan air tebu. (Gambar Balai Bomba dan Penyelamat Seremban)

PETALING JAYA: Hasrat seorang lelaki mencari sumber pendapatan terbantut apabila jari tangan kirinya hancur selepas tersepit dalam mesin perahan air tebu di Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan, Seremban.

Kejadian itu berlaku pada 11.30 pagi tadi, ketika lelaki berusia 50-an itu sedang membuat persiapan sebaik sahaja membuka gerainya.

Mangsa terpaksa menanggung kesakitan lebih 10 minit sebelum pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengeluarkan jarinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohammad Idris berkata, panggilan kecemasan diterima pada 11.34 pagi dan mereka tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dapati tangan kiri peniaga air tebu terbabit tersepit. Kita mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan tangan kiri mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Difahamkan, mangsa baharu membuka gerainya dan sibuk memerah air tebu, tetapi tiba-tiba berlaku kesilapan menyebabkan tangan kirinya direntap ke dalam mesin itu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish jangan setakat promosi, netizen doakan semoga kekal berhijab


Sebaran :

Leave a Reply