Tebuan serang polis ketika tangkap penyamun
Tebuan serang polis ketika tangkap penyamun
Dua anggota polis cedera diserang ratusan tebuan tanah ketika menangkap suspek kes samun di Kampung Badang, dekat Kota Bharu, semalam.
Dalam kejadian 6 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan menyerbu sebuah pondok di tepi sungai Kampung Taman Buaya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Wan Khairuddin Wan Idris berkata, setiba di kawasan berkenaan, polis melihat seorang lelaki yang disyaki terlibat kes samun pada 1 Okt lalu dalam keadaan mencurigakan.
“Menyedari kehadiran polis, lelaki terbabit melarikan diri sejauh 200m sebelum masuk ke dalam kawasan semak.
“Semasa cuba menangkap suspek, anggota polis diserang ratusan tebuan tanah. Keadaan itu menyebabkan dua anggota berusia 25 dan 27 tahun disengat belasan kali oleh serangga berkenaan,” katanya menurut laporan Kosmo.
Meskipun dalam keadaan cemas akibat serangan tebuan tanah katanya, anggota polis tetap berjaya menahan suspek kes samun berusia 36 tahun itu.
Katanya, kedua-dua anggota itu sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil.
“Suspek kes samun itu direman untuk siasatan lanjut. Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.”
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun.
Tebuan serang polis ketika tangkap penyamun
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU