Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak akan membalas dendam terhadap mana-mana individu yang mengkhianati beliau dalam watikah pencalonan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata individu yang memfitnah dan mengaibnya tidak perlu merasa bimbang dan khuatir kerana perkara itu sudah ditegaskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum ini.
“Saya telah sebut dalam mesyuarat MKT yang lalu, saya tidak akan gunakan pentas watikah calon untuk balas dendam, saya beri jaminan dan saya sahkan lagi malam ini bahawa saya tidak akan gunakan pentas ini (calon PRU15) sebagai balas dendam.
“Tak perlu khuatir, jangan takut. Orang ini (Zahid) tidak akan membalas dendam kepada sesiapa pun. Bukan saja (saya) dikhianati (oleh rakan-rakan), difitnah, dihina, diaibkan, dan diheret (ke mahkamah) tetapi insyaAllah saya ada Allah, pegangan saya Allah yang menentukan,” katanya dalam satu program bual bicara bertajuk PRU-15:Membentuk Atau Membina Arus? yang disiarkan di Facebook malam tadi.
Zahid berkata, beliau akan duduk bersama Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan calon berdasarkan tiga kriteria yang sudah ditetapkan parti.
Katanya, setiap calon yang mewakili Umno perlu mempunyai ciri-ciri “winnable, acceptable, likeable” untuk dipilih sebagai calon PRU15.
“Saya tidak akan gunakan pentas ini sebagai balas dendam asalkan tiga kriteria ini dipenuhi,” tegasnya lagi.
Mengulas mengenai individu yang melompat parti, Zahid berpendirian tidak akan menerima semula kumpulan pengkhianat ini ke dalam pangkuan parti.
Malah, beliau berpendapat Umno akan kembali menjadi parti pilihan pengundi terutama bagi pengundi pertama kali berjumlah 5.6 juta menjelang PRU15.
“Saya minta mereka kekal dalam parti masing-masing kalau itu keyakinan untuk mereka berada dalam parti berkenaan. Sama-sama kita berada di medan perang iaitu PRU-15 nanti.
“Jika Umno betul…insyaAllah Umno akan betul, kita perbaiki kelemahan kita dan rakyat akan kembali kepada Umno termasuk pengundi pertama kali iaitu mereka yang berumur 18 tahun hingga 21 seramai 1.2 juta orang atau pengundi pertama kali yang tidak pernah mendaftar tetapi akan didaftarkan secara automatik seramai 4.4 juta orang,” katanya. FMT
Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU