Pelan induk pacu budaya kerja selamat, sihat – Ismail

Sebaran :

Pelan induk pacu budaya kerja selamat, sihat – Ismail

Tujuh teras digariskan dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25), menjadi pemacu kepada pembentukan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’, serta membantu meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelan jangka sederhana itu dirangka dengan mengambil kira senario pekerjaan kini yang berubah susulan cabaran persekitaran global yang dijangka semakin kompetitif akibat pandemik COVID-19.

Berikutan pandemik COVID-19, Perdana Menteri berkata, ruang rumah setiap ahli Keluarga Malaysia, kafe, gerai dan restoran kini menjadi ruang pekerjaan.

Justeru, beliau berkata, tujuh teras strategik yang mengamalkan budaya kerja selamat itu sangat penting untuk dipatuhi oleh semua.

“Tujuh teras berkenaan ialah yang pertama, Pemerkasaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sektor awam; kedua, Pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja; ketiga, Penggalakan pendidikan dan penyelidikan KKP.

“Keempat, Pemerkasaan kesihatan pekerjaan; kelima, Peningkatan pematuhan KKP di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS); keenam, Pemantapan KKP melalui teknologi; dan ketujuh, Peningkatan KKP berkaitan jalan raya WRRS, sektor informal dan pekerjaan masa hadapan (future jobs),” katanya ketika berucap melancarkan OSHMP25 secara maya, hari ini. BH

Pelan induk pacu budaya kerja selamat, sihat – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply