Laluan ke Timur dan Utara mula sesak

Sebaran :

Laluan ke Timur dan Utara mula sesak

Keadaan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan sedikit sesak berhampiran Terowong Genting Sempah menghala ke Kuantan pagi ini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @LPTTrafik kira-kira pukul 11.07 pagi tadi keadaan trafik di kawasan itu perlahan kira-kira 1.4 kilometer bermula di Kilometer 35.7 (KLK) sehingga ke terowong.

Kata @LPTTrafik, kesesakan trafik itu berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan dan penutupan Terowong Genting Sempah arah Timur yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5 petang hari ini.

Sebagai altenatif kata @LPTTrafik, pengguna akan melalui lorong arah barat menggunakan laluan kontra sepanjang penutupan dan kerja-kerja penyelenggaraan itu.

Sementara itu, berdasarkan laman Twitter @LLMinfotrafik pada pukul 10.36 pagi tadi kesesakan turut dilaporkan berlaku di lebuh raya menghala arah Utara.

“Trafik perlahan arah Utara dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering (laluan mendaki sekitar Bukit Berapit),” ciapnya. K Online

Laluan ke Timur dan Utara mula sesak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3


Sebaran :

Leave a Reply