Israel musnah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa

Israel musnah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS – Perbandaran Jerusalem yang ditadbir Israel memusnahkan tanah perkuburan Islam yang terletak berhampiran Masjid Al-Aqsa, semalam.

Beberapa kubur di Tanah Perkuburan Al-Yusufiye dimusnahkan dengan menggunakan kenderaan milik Bahagian Kejuruteraan perbandaran tersebut.

Bagaimanapun kenderaan itu meninggalkan lokasi tersebut selepas penduduk Palestin berkumpul berikutan laporan terdapat tulang-tulang ditemui semasa operasi memusnahkan kawasan tanah perkhuburan berkenaan dilakukan.

Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Perlindungan Tanah Perkuburan Islam, Ahmed al-Dajani berkata, mahkamah Israel telah memberi kebenaran kepada Direktorat Arkeologi Israel untuk melakukan kerja-kerja di atas tapak berhampiran tanah perkuburan itu.

Beliau berkata, antara kubur yang dimusnahkan itu adalah lokasi bersemadi mereka yang terkorban dalam konflik pada 1948 dan 1967 dan Israel akan menghadapi tindakan undang-undang sebagai tindak balas daripada perbuatan perbandaran itu.

Perbandaran Jerusalem merancang untuk membina sebuah taman berhampiran Tanah Perkuburan Al-Yusufiye.

Tanah perkuburan itu, terletak berhampiran tembok yang mengelilingi bandar lama, merupakan salah sebuah tanah perkuburan tertua Islam di Baitulmaqdis yang diceroboh Israel.

Sebelum ini, perbandaran Jerusalem cuba untuk memusnahkan tangga bersejarah yang menuju ke bandar lama dan Masjid Al-Aqsa namun rancangan tersebut dihalang penduduk Palestin. MG

Israel musnah tanah perkuburan Islam berhampiran Masjid Al-Aqsa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker