Kertas Pandora: Jangan buruk sangka – Zahid
Kertas Pandora: Jangan buruk sangka – Zahid
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk lari daripada cukai, walaupun memiliki akaun luar pesisir.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, akaun luar pesisir miliknya di British Virgin Islands (BVI) dibuka sebelum bergiat aktif dalam arena politik peringkat pusat.
Jelasnya, akaun berkenaan dibuka ketika melakukan pelaburan di sebuah syarikat di China pada 1993.
“Ketika itu, pelaburan dibuat di China dan sila rujuk ‘hansard’ saya. Diharap (Ahli Parlimen) Port Dickson (Anwar Ibrahim) dan rakan lain jangan ada buruk sangka terhadap saya kerana saya tidak akan lari cukai.
“Malah, wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), jika ada ketika itu.
“Namun, syarikat itu telah ditutup kerana kita memperolehi semula pelaburan dibuat di China dan dividen diberikan kepada pemegang saham, manakala pinjaman dibayar kepada institusi kewangan terbabit.”
Beliau menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang mempersoalkan isu rawatannya di Jerman, selain akaun luar pesisir Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.
Baru-baru ini, media melaporkan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Zahid adalah antara individu berpengaruh disebut dalam pendedahan Kertas Pandora kerana mempunyai akaun luar pesisir.
Pendedahan terkini International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) itu turut menyebut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz; Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Sementara itu, Zahid berkata, beliau dijadualkan menjalani rawatan di Munich, Jerman pada 26 Okt hingga 21 Nov ini.
“Sebagaimana telah diputuskan mahkamah, saya hanya dibenarkan memperoleh sementara pasport antarabangsa dari 26 Okt hingga 21 Nov depan.
“Maka, ketika pengundian Belanjawan 2022, saya minta maaf tidak dapat bersama, tetapi yakinlah jiwa saya turut menyokong bajet yang akan dibentangkan,” katanya. FMT
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU