Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal

Sebaran :

SIK- Seorang wanita maut selepas digilis sebuah lori muatan batu di Simpang Tiga Kampung Kilang Ubi, dekat sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi ketika mangsa Nor Nazirah Jamaluddin, 41, sedang menunggang basikal bersendirian.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan batu yang membelok ke kiri dipercayai tidak perasan kelibat mangsa yang sedang mengayuh basikal lalu melanggarnya sehingga mangsa dan basikalnya terperosok di bawah lori.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sik yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kaki maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Abdull Razak, pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan. -Awani

Wanita maut digilis lori muatan batu ketika berbasikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kelantan dijangka diserbu 50,000 kenderaan minggu ini


Sebaran :

Leave a Reply