Kelantan dijangka diserbu 50,000 kenderaan minggu ini
Cuti hujung minggu ini dijangka akan diambil kesempatan oleh golongan perantau untuk pulang ke Kelantan susulan kebenaran rentas negeri yang bermula semalam.
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata, pihaknya menjangkakan lebih 50,000 kenderaan akan ‘menyerbu’ masuk ke negeri itu pada hujung minggu ini.
Menurutnya, jumlah kenderaan itu akan meningkat dengan mendadak berbanding hanya lebih 11,000 kenderaan sahaja yang masuk ke negeri ini sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 awal tahun ini.
“Ia akan melibatkan kenderaan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri dan pelancong yang mengambil peluang untuk bercuti.
“Kemasukan kenderaan juga semakin bertambah hari ini dan dijangka meningkat lebih 50,000 hujung minggu ini,” katanya ketika ditemui di Program Masyarakat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pasar Jelawat, Bachok, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelawat, Abdul Aziz Kadir.
Dalam perkembangan itu Shafien menasihati rakyat Kelantan dan yang bakal pulang ke kampung supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19, memandangkan kes harian di Kelantan masih tinggi.
Sehubungan itu jelasnya, pihak polis menerusi 154 pasukan pemantau akan membuat pemantauan di semua tempat awam dan tumpuan ramai bagi memastikan mereka patuh SOP.
“Pihak kita tidak berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya mereka tidak patuh kepada SOP. Langkah ini diambil untuk elak penularan Covid-19,” katanya.
Kelantan dijangka diserbu 50,000 kenderaan minggu ini
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
BN Akan Kalah Jika PRN Ditangguhkan
You must be logged in to post a comment.