Nasi Kandar Line Clear dan The Star capai penyelesaian di luar mahkamah

Restoran nasi kandar tarik balik saman fitnah terhadap akhbar

Nasi Kandar Line Clear dan The Star capai penyelesaian di luar mahkamah

GEORGE TOWN: Sebuah restoran nasi kandar menarik balik saman fitnah terhadap akhbar The Star selepas mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Nasi Kandar Line Clear memfailkan saman terhadap akhbar itu di Mahkamah Tinggi di sini berikutan laporan restoran itu didenda kerana pencemaran silang dan pengendalian makanan yang tidak betul pada Februari 2020.



Restoran yang sebenarnya didenda oleh pegawai kesihatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ialah Nasi Kandar Clear di Jalan Gurdwara, manakala Line Clear terletak di Penang Road. Kedua-dua restoran tidak berkaitan.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan penuh antara 11 hingga 14 Sept.

Peguam Nasi Kandar Line Clear K Simon Murali berkata, pihak restoran dan The Star mencapai “penyelesaian secara baik, penuh dan muktamad”, namun termanya tidak boleh didedahkan.

“Setelah terma yang dipersetujui dipatuhi kedua-dua pihak, plaintif menarik balik saman itu tanpa sebarang perintah mengenai kos,” katanya.



The Star mendakwa, laporan itu tidak berunsur fitnah, tetapi mengaku menerbitkannya dalam edisi cetaknya pada 21 Feb 2020, dengan tajuk “Famous Penang eateries fined” bersama tajuk kecil “Deens Maju and Line Clear Nasi Kandar outlets ordered to close”.

Menurut restoran itu, laporan berita itu menyebabkannya mengalami kerugian dan menanggung malu kerana didakwa “tidak bersih”.

Dalam pernyataan pembelaannya, penerbit The Star, Star Media Group berkata, versi dalam talian laporan itu segera dipinda untuk membuang rujukan kepada nama Line Clear.

Sebagai respons, Line Clear mendakwa The Star tidak mengakui kesilapannya dan gagal menangani kilanan restoran itu akibat pelaporan yang salah. FMT



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri



Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)



Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker