Kerajaan suntik RM45 bilion lagi untuk bantuan Covid-19

Kerajaan suntik RM45 bilion lagi untuk bantuan Covid-19

Kerajaan membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) Covid-19 hari ini untuk meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion menjadi RM110 bilion.

RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan bagi meningkatkan had hutang berkanun kerajaan persekutuan daripada 60% menjadi 65% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).



Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, peruntukan tambahan itu sangat penting untuk pemulihan perniagaan, kesihatan dan ekonomi.

Ini untuk memastikan keluarga yang memerlukan akan mendapat bantuan, katanya kepada Dewan Rakyat ketika membentangkan RUU tersebut.

Sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM530 bilion menerusi pelbagai pakej rangsangan termasuk fiskal dan bukan fiskal.

Bagaimanapun, Zafrul mengakui “masih ada ruang untuk diperbaiki”.



Dengan tambahan perbelanjaan sebanyak RM45 bilion itu, Zafrul berkata, ia merangkumi pelbagai inisiatif termasuk memperkukuhkan sistem kesihatan akibat Covid-19 dan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro.

“Ini termasuklah subsidi gaji dan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Jika RUU ini tidak diluluskan, rakyat akan menderita.

“Cabaran untuk pemulihan kesihatan dan ekonomi tetap ada walaupun terdapat pelbagai bantuan, justeru hutang berkanun amat diperlukan bagi tahun ini dan tahun hadapan untuk pemulihan ekonomi yang berterusan. FMT

Kerajaan suntik RM45 bilion lagi untuk bantuan Covid-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker