Anwar terima surat naik pangkat bertaraf menteri

Anwar terima surat naik pangkat bertaraf menteri

Anwar Ibrahim hari ini menerima “surat kenaikan pangkat” yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri, seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam hantaran di Facebook, Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook, berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kedua jawatankuasa pemandu Mou itu, menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar membabitkan perkara itu.

Dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat Parlimen, Ismail dan Anwar juga membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda pembaharuan dipersetujui bersama.

“Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan yang akan datang,” katanya tanpa membutirkan secara terperinci.

Ismail sebelum ini menyatakan, pentadbirannya akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Kerajaan sebelum ini juga menyatakan kesediaan melaksanakan pembaharuan termasuk dalam hal berkaitan Undang-Undang Antilompat Parti, suntikan tambahan dana Covid-19 sebanyak RM45 bilion, mempercepatkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik pengundi. FMT

Anwar terima surat naik pangkat bertaraf menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertama kali dapat soalan kahwin lain dalam dewan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker