Kak KM perli Lufya tak ada job, cari perhatian

Kak KM perli Lufya tak ada job, cari perhatian

Usahawan dan juga anak kepada pelakon senior popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil membidas teguran yang diberikan pelakon Lufya Omar berikutan tularnya video promosi produk berunsur lucah, baru-baru ini.

Balas Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, Lufya hanya menumpang populariti yang dikecapinya kini dan berkata dia memahami keadaan Lufya yang tiada ‘job’ kerana baru lepas bercerai.

Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham..aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job. Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku unutk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

Kata Kak KM lagi, teguran yang dilontarkan Lufya itu seolah-olah menampakkan dirinya sebagai seorang yang jahat dan berperangai buruk.

Berikutan itu, Lufya kemudiannya memberi respon di atas kenyataan usahawan itu dan berharap sikap keras hati itu akan diberi teguran oleh Allah S.W.T kelak.

https://www.instagram.com/p/CUyb1yPhSzt/?utm_medium=copy_link

Subhanallah kerasanya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah.

Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat Islam untuk melihat hikmahnya.

Terdahulu, Lufya terpanggil untuk memberi teguran dan nasihat buat Kak KM kerana kerap memuat naik iklan berunsur lucah di media sosialnya.

Ujar Lufya, tindakan tersebut dapat mempengaruhi pemikiran golongan muda yang melihatkan iklan-iklan seperti itu di media sosial. Bn

Kak KM perli Lufya tak ada job, cari perhatian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker