Cubaan memotong berakhir tragedi [VIDEO]

Tangkap layar rakaman kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Ulu Yam, Batu 23 di sini hari ini.

GOMBAK – Cubaan sebuah kereta memotong kenderaan di hadapan sehingga memasuki laluan bertentangan akhirnya membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Ulu Yam, Batu 23 di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.

“Ketika melalui kawasan kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu turut melibatkan kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen yang mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.



Menurut Azman, pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher dan ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

“Pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

“Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta Perodua Bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital dan siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Ulu Yam yang dirakamkan oleh kamera papan pemuka pengguna jalan raya tersebut.



Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan

Cubaan memotong berakhir tragedi [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker