Sazali P Ramlee mohon bantuan kos pembedahan isteri

Sazali P Ramlee mohon bantuan kos pembedahan isteri

Anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, memohon bantuan kewangan buat isterinya, Hamidah Hitam, 61, yang akan menjalani pembedahan akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.

Sazali berkata, isterinya yang sudah lama berhadapan masalah kesihatan itu dinasihatkan doktor supaya membuat pembedahan di leher segera, namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan kewangan dihadapi.



“Saya pun ada masalah kesihatan dan sudah tidak boleh bekerja lagi macam dulu. Pendapatan daripada royalti arwah bapa saya yang diterima setiap tahun memang menjadi sumber kewangan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Malah, bayaran royalti terakhir P Ramlee untuk bahagian saya yang terima pada 31 Julai lalu daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) hanya kira-kira RM9,000 saja dan tidak cukup untuk menampung kos pembedahan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Sazali berkata, doktor memaklumkan kos pembedahan itu sebanyak RM14,000.

Sazali juga sangat berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon bantuan.



Dia juga berhasrat bertemu Anwar untuk membincangkan kontrak royalti 50 tahun Allahyarham P Ramlee yang sudah tamat pada 29 Mei lalu iaitu selepas 50 tahun kematiannya.

Sebelum ini permohonan lanjutan kontrak royalti P Ramlee yang disuarakannya diharapkan dapat diselesaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, namun beliau meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

“Sekarang saya tak tahu mana lagi nak dituju untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak kementerian berkaitan bagi lanjutan kontrak royalti itu.

“Dalam keadaan sekarang saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk kos pembedahan isteri. Saya juga ingin memohon kontrak royalti itu dapat dilanjut selama beberapa tahun saja lagi,” katanya.



Sazali berkata, dia memang ada menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM900.

Namun, ia tidak mencukupi kerana kos sara hidup sekarang yang tinggi serta untuk menampung pembiayaan rawatan berjadualnya bersama isteri di hospital.

“Saya dan isteri ada sakit serta kami mendapatkan rawatan pemeriksaan berkala daripada doktor di Cheras, Kuala Lumpur. Selain kos rawatan, ia juga membabitkan kos pengangkutan kami pergi dan balik dari kediaman di Semenyih menggunakan khidmat e-hailing,” katanya.

Sekiranya tempoh lanjutan kontrak royalti yang dimohon daripada kerajaan tidak diluluskan, maka mulai tahun depan, Sazali tidak akan menerima bayaran royalti karya P Ramlee lagi.



Sebelum ini, Harian Metro beberapa kali melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini tamat sepenuhnya tahun ini.

P Ramlee menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung pada 29 Mei 1973, meninggalkan peminatnya dengan legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.

Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.



Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali. HM

Sazali P Ramlee mohon bantuan kos pembedahan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker