'Brisk Walking', Ketahui Rahsia Dan Manfaat Antara Senaman Paling Mesra Jantung — MYKMU.NET

‘Brisk Walking’, Ketahui Rahsia Dan Manfaat Antara Senaman Paling Mesra Jantung

Sebaran :

‘Brisk Walking’, Ketahui Rahsia Dan Manfaat Antara Senaman Paling Mesra Jantung

MELAKUKAN senaman berat mungkin agak sukar dilakukan terutamanya oleh mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.

Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri ialah melakukan senaman biar sesuai dengan kemampuan diri.

Di antara senaman yang paling mudah dilakukan ialah brisk walking.

Apa itu brisk walking? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.

Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.

FAEDAH BRISK WALKING

Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek.

Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidap diabetes type 2.

Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.

Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.

Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.

TEKNIK TERBAIK BRISK WALKING

Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh anda ikuti.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa teknik brisk walking:

  1. Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
  • Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus
  • Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
  • Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki

Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.

Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.

Selamat berjalan!

*Artikel asal di Maskulin

‘Brisk Walking’, Ketahui Rahsia Dan Manfaat Antara Senaman Paling Mesra Jantung


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

‘Nak rentas negeri, lebih baik ada syarat’


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: