Bapa Adib bersyukur dengan pengumuman PM
Bapa Adib bersyukur dengan pengumuman PM
Keputusan kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berita gembira yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.
Bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata penubuhan jawatankuasa itu disifatkannya memberi sinar baharu kepada keluarganya sejak sekian lama menantikan pembelaan bagi kematian anaknya itu.
“Ini menunjukkan kerajaan sudah mula mengambil berat dengan apa yang berlaku terhadap arwah. Perkara ini juga merupakan berita gembira buat seluruh negara kerana mereka juga tidak pernah putus berdoa untuk arwah dan keluarga saya.
“Tapi, apa yang saya harap ialah bila sudah tubuh jawatankuasa itu mereka yang terlibat perlulah bersungguh-sungguh, takut nanti senyap pula,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mohd Kassim berkata penubuhan jawatankuasa khas tersebut memang ditunggu-tunggu sejak dulu lagi dan semestinya memberi sedikit kelegaan kepada keluarganya yang sentiasa merindukan arwah Adib.
Terdahulu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat Jemaah Menteri, semalam memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dijalankan dalam kes kematian Adib.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara Idrus Harun.
Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya mengalami kecederaan parah ketika berada di lokasi kejadian rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.
Adib meninggal dunia pada 17 Dis 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN).
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib adalah perbuatan jenayah dilakukan lebih dua individu tidak dikenali. FMT
Bapa Adib bersyukur dengan pengumuman PM
Baca Artikel Menarik :
- Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
- Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
- Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
- PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
- Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
- Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
- Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
- UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
- Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
- Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
- ‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.