Surat nasihat bubar DUN Melaka dihantar ketika saya masih KM – Sulaiman

Surat nasihat bubar DUN Melaka dihantar ketika saya masih KM – Sulaiman

Sulaiman Md Ali berkata, surat nasihat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam ketika beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri.

Beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa surat nasihat pembubaran DUN tidak mengikut lunas undang-undang tidak benar memandangkan ia dibuat mengikut peraturan sewajarnya.

“Apa yang saya ingin maklum bahawa surat saya kepada Tun (Ali) adalah ketika saya masih lagi ‘CM (Ketua Menteri) of the day’. Jadi, saya serah kepada Tun dan terpulanglah kepada kuasa Tun…itu sahaja.

“Semuanya mengikut peraturan dan perundangan, jadi kalau tak puas hati, pergilah kepada pihak yang berkenaan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pengurusan Masjid Nurul Hidayah di Batu Berendam, di sini.

Sementara itu, Sulaiman berkata, beliau terpaksa menangguhkan pembentangan Belanjawan Melaka 2022 daripada Bahagian Kewangan Kerajaan Melaka minggu depan berikutan kemelut politik yang melanda ketika ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka daripada Speaker, Ab Rauf Yusoh pada Isnin lalu, selepas kerajaan negeri pimpinan Umno hilang majoriti dan berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu. FMT

Surat nasihat bubar DUN Melaka dihantar ketika saya masih KM – Sulaiman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker