Apa pentingnya khutbah bagi umat Islam?

Apa pentingnya khutbah bagi umat Islam?

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang berwuduk dan membaguskan wuduknya, sesudah itu dia pergi ke Jumaat dan mendengarkan khutbah dengan tenang, maka diampuni Allah dosa-dosanya hingga Jumaat yang akan datang, tambah tiga hari. Dan sesiapa yang memegang kerikil (walaupun untuk menghitung-hitung zikir yang dibacanya ketika imam berkhutbah) maka percuma sahaja Jumaatnya.”

Khutbah Jumaat… khutbah solat sunat hari raya. Kenapa khutbah sering dipersoalkan dalam masyarakat Malaysia? Ada beberapa kes sebelum ini yang mana ada pihak cuba mempersoalkan isi khutbah. Sedangkan khutbah adalah salah satu medium yang disediakan oleh Islam untuk menyampaikan mesej kepada umat Islam tentang isu terkini hal-ehwal Islam.

Untuk menggambarkan betapa pentingnya khutbah, Rasulullah bersabda,

“Bila engkau berkata kepada sahabatmu, ‘diam’ padahal imam sedang berkhutbah maka sesungguhnya percuma sahajalah Jumaat kamu.” (HR Muslim)

Kemudian di dalam satu hadis yang lain juga disebutkan, Rasulullah bersabda, “Siapa yang mandi hari Jumaat, kemudian dia datang ke masjid lalu dia solat sebanyak yang dapat dikerjakan, sesudah itu dia diam hingga imam (khatib) selesai berkhutbah. Sesudah itu dia solat bersama-sama imam itu maka diampuni Allah dosa-dosanya yang terjadi sesudah itu sampai Jumaat yang akan datang dan ditambah tiga hari.” (HR Muslim)

Mungkin orang mempersoalkan khutbah itu tahu betapa pentingnya khutbah bagi umat Islam? Mungkin juga mereka dengki kerana umat Islam dapat banyak ganjaran, diampunkan dosa dan saat makbul doa.

Jadi, kenapa khutbah yang sering dipersoalkan? Permasalahan ini kami ajukan kepada Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, merupakan salah seorang panel penulis isi khutbah di Perak.

Menurutnya, isu orang mempersoalkan isi khutbah bukan perkara baru, kerana sebelum ini pun khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang memperkatakan tentang bertudung pun dipersoalkan.

Pelik! Zamri meluahkan rasa, bagaimana orang bukan Islam boleh mengetahui dengan mudah mengenai khutbah yang disampaikan kepada kaum Muslimin? Perkara ini sudah pastinya datang daripada orang yang hadir ke khutbah itu sendiri iaitu kaum Muslimin.

Ada kalanya orang Islam sendiri sengaja membuka mulut memburukkan isi kandungan khutbah. Mereka sendiri yang bersikap apologetik. Orang Islam berasakan isi khutbah itu menyentuh sensitiviti agama Islam padahal ianya tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Seperti kata pepatah, belum lagi lakukan kesalahan sudah meminta maaf. Apa yang disampaikan dalam khutbah hal dalam ‘kelambu’ umat Islam jadi tidak ada pihak yang berhak campur tangan dalam urusan itu terutamanya orang bukan Islam.

Apa sebenarnya maksud tersirat golongan itu apabila sengaja mempertikaikan istilah-istilah yang diguna pakai ketika khutbah. Mereka berasakan perkataan seperti kafir, musyrik perlu dilenturkan di dalam khutbah. Walhal perkataan-perkataan itulah yang Allah sebut dengan jelas di dalam al-Quran. Jadi mengapa mesti menahan untuk menggunakan ayat ini?

“Sekiranya mereka berpendapat perkataan-perkataan ini bersifat kasar, itu terpulang kepada mereka yang mentafsir. Sedangkan perkataan-perkataan seperti ini bersifat ketegasan dan telah lama digunakan,” jelasnya.

Dan, seperkara lagi yang harus diingat bahawa khutbah itu dibaca di masjid iaitu rumah ibadat orang Islam. Mengapa ia harus dipersoalkan?

Sedangkan kepentingan khutbah kepada umat Islam tidak terkira dengan jari. Hal tersebut dinyatakan dalam hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesiapa yang membasuh dan mandi pada hari Jumaat kemudian dia mempercepatkan dan bergegas. Lalu dia berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan. Dia juga mendekati imam dan mendengarkan khutbah serta tidak lalai. Dengan ini dia mendapat pahala amalan setahun bagi setiap langkah iaitu pahala puasa dan solat.”

Justeru itu sebagai umat Islam, seeloknya hadirlah awal ke masjid sebelum Imam naik ke atas mimbar membaca khutbah, apalagi dalam keadaan sekarang dengan kapasiti jemaah yang terhad sudah tentu bagi yang awal datang akan punya tempat. Secara tidak langsung memperoleh ganjaran pahala yang besar dari Allah sebagaimana hadis di atas. Wallahu a’lam Utv

Apa pentingnya khutbah bagi umat Islam?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tegur akak bukan mahu tumpang populariti- Ustazah Asma

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker