Buang sampah dari tingkat atas flat, sekali kena maki dengan makcik petir (Video)

Buang sampah dari tingkat atas flat, sekali kena maki dengan makcik petir (Video)

Sering kali kita mendengar mengenai sikap buruk penghuni rumah flat atau apartment yang terlalu malas untuk turun ke bawah membuang sampah sehingga tergamak membaling bahan buangan milik mereka dari tingkat atas.

Malah, ada laporan yang memaklumkan bahawa terdapat orang awam yang tercedera akibat terkena balingan sampah yang dibuang penghuni tidak bertanggungjawab.

Terbaru, tular di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang mak cik yang terlalu berang dan bengang kerana melihat sikap penghuni flat mencampakkan sampah dari tingkat atas.

Difahamkan, mak cik tersebut sedang makan di bahagian bawah flat tersebut dan memarahi tindakan pelaku tersebut. Yang lebih menyebalkan adalah apabila individu tersebut masih membuang sampah ke bawah meskipun ditegur warga emas tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram apabila melihatkan video tersebut dan turut memahami perasaan yang dialami mak cik itu.

[videopress QPRwXO26]

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila ada jiran kawasan perumahan mereka turut berkelakuan sama seperti yang dialami mak cik tersebut.

“Sekali makcik petir mengamuk hambik kau!” tulis seorang netizen.

“Senasib macam mak saya. Bertekak selalu dengan orang flat atas rumah ni..buang sampah ikut suka..” sahur seorang pengguna media sosial.

Masih ada lagi kan orang yang berperangai macam ni? Harap berubahlah ya. Bn

Buang sampah dari tingkat atas flat, sekali kena maki dengan makcik petir (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker