Zahid mahu pasportnya semula untuk rawatan di Jerman
Zahid mahu pasportnya semula untuk rawatan di Jerman
Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk mendapatkan pasportnya daripada mahkamah.
Peguam, Hamidi Mohd Noh, memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya ingin mendapatkan rawatan di Munich, Jerman.
“Beliau mengalami sakit pada leher dan belakang. Rawatan intervensi tidak cukup untuk mengurangkan kesakitan itu,” kata Hamidi.
Katanya, Zahid perlu menggunakan pasportnya bermula 26 Okt hingga 21 Nov.
Zahid sebelum ini diperintahkan untuk menyerahkan pasportnya sebagai syarat ikat jamin ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 19 Okt 2018.
Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng tidak membantah permohonan itu tetapi menimbulkan isu teknikal dalam sijil kesegeraan (certificate of urgency) yang dilampirkan dalam permohonan itu.
“Sijil itu ditandatangani oleh firma guaman. Ia sepatutnya ditandatangani oleh peguam cara yang bertugas,” katanya.
Sequerah memberitahu pihak pembelaan supaya membuat perubahan diperlukan sebelum mahkamah memberi kebenaran mendapatkan pasport itu.
Hamidi juga memberitahu hakim bahawa pihak pembelaan turut memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Zahid berdepan 47 pertuduhan, iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akal Budi dan menerima rasuah daripada Ultra Kirana Sdn Bhd untuk pelbagai projek berkait sistem visa warga asing ketika menjadi Menteri Dalam Negeri.
Pendengaran hujahan akhir kes pendakwaan akan bersambung di hadapan Sequerah pada 11 Okt. FMT
Zahid mahu pasportnya semula untuk rawatan di Jerman
Baca Artikel Menarik :
- Rosmah menangis ketika perbicaraan
- Najib saran tangguh PRN di Melaka
- Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?
- Keluarga 69! Wanita Mengaku Sanggup Kongsi Suami Dengan Kakak, Ibu Sendiri [VIDEO]
- Hina Kisona, berdepan minta maaf – Roslin Hashim
- Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam
- Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…
- Nadia Brian dijodohkan dengan Iqram sebab perangai pelik oleh netizen
- Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha
- Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?
- Resepi kacang pool sedap, pasti tambah
Layari Laman Facebook MYKMU