Najib Berharap Projek PR1MA Berjaya Setelah Tergendala Akibat PH, Terima Kasih Menteri KPKT

Najib Berharap Projek PR1MA Berjaya Setelah Tergendala Akibat PH, Terima Kasih Menteri KPKT

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata beliau diberi maklumat berhubung status terkini projek-projek PR1MA yang bermasalah oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ini kerana katanya, ia adalah inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu untuk kebaikan rakyat.



“Saya berhasrat bahawa kesemua masalah projek diselesaikan walaupun kebanyakan projek ini tergendala selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) akibat cadangan kerajaan PH (Pakatan Harapan) dahulu untuk bubarkan PR1MA.

“Saya juga gembira dengan ucapan penggulungan YB (Yang Berhormat) Menteri (Datuk Seri) Reezal Merican Naina Merican di Dewan Rakyat semalam bahawa mereka merancang untuk menyambung dan melancarkan lagi banyak projek PR1MA serta projek-projek lain seperti Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PP1M), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ulas Ahli Parlimen Pekan itu lagi, ini bagi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri lebih awal dalam kehidupan mereka dan juga satu lagi cara bagi membina kekayaan rakyat.

“… selain membantu mereka melabur dalam pasaran saham, mewujudkan peluang pekerjaan dengan lebih tinggi serta membantu membina simpanan mereka dalam tabung-tabung simpanan seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan Tabung Haji (TH).



“Pencapaian perlu diutamakan,” ujarnya.

Seterusnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat BN turut menyenaraikan status projek PR1MA sehingga September 2021 sebagaimana maklumat yang diperolehinya.

Maklumat Umum:

i. Sehingga kini terdapat 62 projek aktif di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).
ii. PR1MA telah menyambung kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara mengikut negeri dalam tempoh pandemik COVID-19. Ia tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).



Status terkini Residensi Tebrau

i. Jumlah unit: 1,284 unit.
ii. Tarikh Certificate of Completion and Compliance (CCC): 31 Mac 2021.
iii. Tarikh serah kunci: Bermula 24 April 2021.
iv. Status serah kunci: 789 unit – 372 daripadanya telah mula pindah masuk ke unit masing-masing.
v. Pembayaran Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD): 405 pembeli (RM4 juta) daripada 508 pembeli (RM5.9 juta) yang layak.
vi. Harga unit: RM152,100 – RM283,500 (selepas diskaun).

Status terkini Residensi Port Dickson

i. Jumlah unit: 659 unit.
ii. Tarikh jangka siap: 31 Disember 2022 – 12 bulan dari tarikh pelantikan Kontraktor Penyelamat. Status pelantikan – menunggu Aturan Kelulusan.
iii. Pembayaran LAD: 42 pembeli (RM163,467) daripada 83 pembeli (RM329,521) yang layak.
iv. Harga unit: RM238,950 – RM353,700 (selepas diskaun).



Status terkini Residensi Melaka Tengah 2

i. Jumlah unit: 980 unit.
ii. Tarikh jangka siap: 28 Mac 2023 (Kontraktor penyelamat bermula 28 September 2021).
iii. Pembayaran LAD: 19 pembeli (RM140,640) daripada 37 pembeli (RM276,912) yang layak.
iv. Harga unit: RM109,440 – RM205,056 (Selepas diskaun).

Status terkini Residensi Taman Raia Harmoni

(Dahulunya dikenali sebagai Residensi Sungai Raia)
i. Jumlah unit: 376 unit.
ii. Tarikh jangka siap: 30 April 2022.
iii. Pembayaran LAD: 34 pembeli (RM601,068) yang layak telah ditawarkan pembayaran awal sebahagian LAD.
iv. Harga unit: RM186,732 – RM 298,800 (Selepas diskaun).



Status terkini Residensi Kepayang

(Dahulunya dikenali sebagai Residensi Fairpark)
i. Jumlah unit: 252 unit.
ii. Tarikh jangka siap: 30 April 2022 (Kontraktor penyelamat bermula 28 September 2020).
iii. Pembayaran LAD: – (Tarikh pemilikan kosong pertama ialah pada 1 Jun 2022).
iv. Harga unit: RM203,918- RM271,350 (Selepas diskaun).

Status terkini Residensi Bandar Ekar

(Dahulunya dikenali sebagai Residensi Rantau)
i. Jumlah unit: 766 unit (Fasa 1).
ii. Tarikh jangka siap: 31 Oktober 2022 (Kontraktor penyelamat bermula 30 Oktober 2020).
iii. Pembayaran LAD: 403 pembeli (RM5.6 juta) daripada 576 pembeli (RM7.6 juta) yang layak.
iv. Harga unit: RM165,000 – RM374,737 (Selepas diskaun).



Status terkini Residensi Sandakan City Centre

i. Jumlah unit: 750 unit.
ii. Tarikh jangka siap: Ditangguhkan – (Kontrak dengan Kontraktor asal telah ditamatkan. Dalam proses lantikan kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek.).
iii. Pembayaran LAD: – (Tiada penjualan unit dilakukan setakat ini).
iv. Harga unit: RM160,877 – RM206,784 (Selepas diskaun). Umno Online

Najib Berharap Projek PR1MA Berjaya Setelah Tergendala Akibat PH, Terima Kasih Menteri KPKT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker