Ketengahkan Segera Akta Lompat Parti, Elak Rakyat Terus Jadi Mangsa

Ketengahkan Segera Akta Lompat Parti, Elak Rakyat Terus Jadi Mangsa

Akta Anti Lompat Parti dan Pemecatan Ahli Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diluluskan dengan kadar segera kerana rakyat sememangnya meluat dengan sikap segelintir pemimpin yang langsung tidak memikirkan soal rakyat yang sedang bergadai nyawa untuk meneruskan kehidupan dan keluarga.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata kalangan mereka yang menggunakan slogan perjuangan ‘untuk rakyat’ dan sebagainya lagi merupakan satu tindakan yang tidak sewajarnya ketika negara sedang bergelut dengan pandemik hari ini.

“Sedar atau tidak, mahu diakui atau tidak, sebenarnya akibat kepentingan peribadi dan menafikan hak rakyat,ianya telah meruntuhkan Kerajaan Negeri Melaka.

“Pemimpin yang menjual slogan perjuangan ‘demi rakyat’ ini adalah tidak boleh diterima sama sekali dan menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dalam meneruskan kehidupan akibat Pandemik COVID-19,” katanya menerusi catatan di Facebook, di siin, hari ini.

Tambah Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, keputusan parti menyerahkan kembali kepada rakyat adalah satu tindakan yang tepat bagi menyelesaikan kemelut yang tiada noktah.

“Rakyat mahukan pemimpin baru dan calon yang benar-benar berjiwa rakyat, berilah peluang muka baru yang berkaliber, yang mampu menjadi nakhoda Melaka. Ketengahkanlah khususnya golongan Wanita UMNO Melaka yang sejak sekian lama setia tidak kira waktu menaburkan bakti untuk rakyat tanpa memikirkan kepentingan peribadi.

“Ayuh! Rakyat gunakanlah segala kuasa di tangan anda untuk diterjemahkan undi sewaktu Pilihan Raya Negeri kali ini.  Janganlah kita alpa segala mimpi ngeri PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ditikam oleh Pakatan Harapan membawa pepecahan sehingga hari ini merosakkan kemajuan Negeri Melaka. Yakinlah hanya UMNO sahaja yang mampu membawa kestabilan politik dan kemakmuran Negeri Melaka,” ujarnya. – UMNO Online

Ketengahkan Segera Akta Lompat Parti, Elak Rakyat Terus Jadi Mangsa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf

Umno dan PAS Selangor pertegas Muafakat Nasional untuk PRU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker