Halimah tepis tuduhan curi duit masyarakat India

Halimah tepis tuduhan curi duit masyarakat India

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique hari ini dengan tenang mengendalikan sekurang-kurangnya tujuh ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan cara pengagihan peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kepada masyarakat India.

Beliau yang menyatakan usaha kementeriannya sedang membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) menerusi Malaysia Indian Blueprint (MIB) diterjah oleh Ahli Parlimen Jelutong, Sungai Siput dan Klang.

Bagaimanapun, beliau memberi penjelasan bahawa semua permasalahan yang dibangkitkan oleh pemimpin yang mewakili masyarakat India itu akan diselesaikan secara muafakat.

Menyambung ucapan penggulungannya, Halimah berkata, MIB adalah satu perancangan masa depan bagi masyarakat India secara menyeluruh bukan berpusat kepada MITRA semata-mata.

Katanya, MITRA sebelum ini bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan diletak bawah kementeriannya pada tahun 2020 sebaik sahaja kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk dan melantiknya sebagai menteri.

Ketika awal mukadimah menggulung dan menjawab persoalan dibangkitkan mengenai hala tuju masyarakat India bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) itu, beliau disoal balik oleh beberapa ahli Parlimen PH.

Ada yang membangkitkan soal peruntukan MITRA kepada NGO India tidak sampai ke golongan sasar.

Hal itu dijawab oleh Halimah dengan menyuruh ahli Parlimen berkenaan mencari dan bertanya kepada mantan menteri sebelum ini iaitu P. Waytha Moorthy.

Justeru, Halimah memberitahu kepada Ahli Parlimen Klang, Jelutong, Sungai Siput, Batu, Batu Kawan, Padang Serai dan Batu Gajah supaya memberi sedikit masa kepadanya untuk ‘membersihkan’ semula MITRA.

Kata-kata itu dapat melembutkan hati beberapa ahli Parlimen PH terutama Jelutong dan Sungai Siput yang kemudiannya memuji Halimah seorang menteri bersikap terbuka dan berlaku adil kepada masyarakat India.

Dalam pada itu, Halimah turut menafikan laporan media yang tularl hari ini menuduhnya mencuri wang peruntukan untuk masyarakat India B40.

“Viral hari ini mengatakan saya cekik duit masyarakat India B40. Mereka kata saya ambil, rasuah, curi, merompak. Ini kata-kata yang dilemparkan.

“Saya nak beritahu, bukan kerja saya nak curi, nak rompak. Saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan kepimpinan kementerian saya berusaha yang terbaik untuk MITRA.

“Sebab itu saya rangka Pelan Tindakan Masyarakat India kerana nak perbaiki taraf hidup mereka. YB Jelutong, Sungai Siput, tolong ‘bersihkan’ nama saya,” katanya berseloroh. MG

Halimah tepis tuduhan curi duit masyarakat India


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker