UMNO hantar surat gugur keahlian kepada Idris, Nor Azman

UMNO hantar surat gugur keahlian kepada Idris, Nor Azman

Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan dalam UMNO digugurkan.

Surat dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan keahlian mereka dalam UMNO gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.11 dibacakan bersama Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Dua hari lalu Idris dan Nor Azaman bersama dua ADUN menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. Tindakan itu menyebabkan Sulaiman kehilangan sokongan majoriti untuk terus menjadi Ketua Menteri.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju atas permintaan Sulaiman untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuat kuasa kelmarin. SM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

UMNO hantar surat gugur keahlian kepada Idris, Nor Azman


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker