Rizal dalang, Rosmah kambing hitam, kata peguam bela
Rizal dalang, Rosmah kambing hitam, kata peguam bela
Peguam bela Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bekas pembantunya Rizal Mansor adalah dalang sebenar di sebalik kes rasuah projek tenaga solar hibrid.
Akberdin Abdul Kadir yang mewakili isteri bekas perdana menteri Najib Razak, berkata, pertuduhan terhadap Rosmah sebenarnya menunjukkan bahawa Rizal yang meminta dan menerima wang rasuah tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
“Pembelaan tertuduh adalah bahawa pertuduhan ke atas Rosmah adalah suatu pendakwaan terpilih, berniat jahat dan mala fide, sedangkan sebenarnya Rizal Mansor (SP21 atau saksi pendakwaan ke-21) adalah individu yang bertanggungjawab dan dalang di dalam kes ini.
“Justeru, tindakan pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan terhadap Rizal dan memilih dia sebagai saksi, jelas menunjukkan bahawa pendakwaan membuat perjanjian dengan Rizal.
“Rizal kini sebagai sebagai saksi utama, terpaksa memberi keterangan palsu di mahkamah untuk memerangkap dan mengaitkan tertuduh dengan tiga pertuduhan,” katanya.
Menurut peguam itu, sekiranya Rizal tidak bekerjasama dengan pihak pendakwaan untuk menuduh Rosmah dengan keterangan palsu, maka pihak pendakwaan akan meneruskan pendakwaan terhadap SP21 dengan tuduhan baru.
“Hal ini menunjukkan pihak pendakwaan mempunyai niat jahat terhadap tertuduh, biarpun dakwaan terhadap Rosmah adalah tidak berasas,” katanya ketika membacakan pernyataan pembukaan pembelaan.
Hari ini adalah hari pertama pembelaan kes rasuah terhadap Rosmah yang melibatkan projek bernilai RM1.25 bilion yang bertujuan memberi manfaat kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Ketika membaca pernyataan pembelaannya, Akberdin berkata bahawa anak guamnya (Rosmah) tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan kerana dia hanyalah isteri Najib ketika itu.
Peguam tersebut mendakwa bahawa tuduhan yang terdapat dalam ketiga-tiga tuduhan terhadapnya sangat tidak masuk akal dan tidak berasas.
“Pertuduhan ke atas Rosmah itu adalah untuk menjadikannya sebagai kambing hitam. Pihak lain yang tidak kompeten dalam kerajaan ketika itu, terutama di kementerian pendidikan adalah pihak yang bersekongkol dengan Jepak Holdings.
“Sebenarnya, ada pihak-pihak lain yang menjual nama tertuduh bagi kepentingan peribadi atau kepentingan politik masing-masing,” kata Akberdin.
Selepas pernyataan pembelaan itu, Rosmah kemudian mengambil tempat di kandang saksi bagi memberi keterangan secara bersumpahdi hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Rosmah, 69, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi Rizal.
Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada kementerian pendidikan secara rundingan terus.
Rosmah dituduh melakukan kesalahan itu di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di Kuala Lumpur; di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta serta di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan September 2017.
Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas kesemua tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid itu dan beliau dijadual membela diri, hari ini.
Mahkamah Tinggi pada 24 September lalu turut menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid dan menggugurkan Sri Ram mengendalikan kesnya sebagai ketua pendakwaan.
Rosmah kemudian memohon perbicaraannya ditangguhkan sementara menunggu rayuan beliau terhadap keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes itu, dilupuskan.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan, semalam, menolak rayuan pada saat-saat akhir untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya, hari ini. Mk
Rizal dalang, Rosmah kambing hitam, kata peguam bela
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.