Dikaitkan dengan pengarah syarikat luar pesisir, Tengku Zafrul rujuk peguam



Sebaran :

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merujuk kepada peguam berhubung artikel di sebuah portal yang didakwa mengaitkannya sebagai pengarah syarikat luar pesisir, Capital Investment (Labuan) Limited.

Beliau memaklumkan memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

“Melalui jawatan ini, saya juga dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Limited,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, selepas dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd pada Jun 2010, beliau melepaskan kesemua pelantikannya, eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga.



“Walaupun pejabat saya ketika dihubungi telah memaklumkan kepada portal berkenaan bahawa saya telah melepaskan jawatan pengarah ketika meninggalkan Kumpulan Kenanga pada bulan Jun 2010, mereka tetap menerbitkan artikel tersebut dan membabitkan nama saya.

“Ia memberi gambaran bahawa saya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited, walhal ia sebahagian daripada Kumpulan Kenanga,” katanya.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata, beliau akan mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan daripada peguamnya.

Dikaitkan dengan pengarah syarikat luar pesisir, Tengku Zafrul rujuk peguam




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mark Zuckerberg mohon maaf


Sebaran :


Leave a Reply